PERKAHWINAN KAUM BUGIS

Suku kaum Bugis juga mempunyai adat perkahwinannya yang tersendiri. Adat upacara perkahwinana yang dijalankan oleh kaum Bugis di Sabah adalah sama seperti upacara perkahwinan di daerah Sulawesi Selatan Indonesia. Masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan meminang.

Walaubagaimanapun bagi kaum Bugis, tiada adat untuk pertunangan. Hal ini kerana, bagi mereka, yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa kaum Bugis beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat. Hal ini juga timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah. Walaupun begitu, terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang, tetapi masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Disamping itu , penceraian adalah merupakan perkara yang paling tidak di gemari oleh kaum tersebut.

Selain itu, untuk undangan perkahwinan, bagi suku kaum bugis ini ia sudah menjadi kebiasaan untuk mengundang orang ramai menggunakan khidmat dua orang wanita untuk memanggil.Memanggil merupakan cara yang menjadi kebiasaan kaum bugis. Dengan membawa dulang berisi rokok atau gula-gula, dibalut dengan kain. Walau pelbagai alternatif lain seperti jemputan melalui kemudahan teknologi komunikasi masa kini iaitu muka buku(facebook),kad undangan,Memanggil masih diamalkan sehingga hari ini.

Majlis yang menyerupai adat bertunang ini digelar mapendrekdoik membawa maksud membawa hantaran atau lebih mudah naik duit. Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang yang mana hamper sama dengan adat perkahwinan melayu. Sebilangan besar daripada keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja,kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.

Seterusnya merupakan majlis yang di kenali sebagai malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam berinai.Majlis ini dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mappaci adalah malam untuk pengantin perempuan sahaja.Untuk upacara ini pengantin perlu menyediakan bahan-bahan tertentu dimana bahan tersebut mempunyai maksud yang dipercyai sejak zaman nenek moyang mereka.Contoh bahan yang perlu ada untuk mengadakan upacara malam mapacci ini ialah 11 helai kain sutera bugis, yang mana kain ini adalah untuk golongan bangsawan yang memberi maksud penghormatan kepada bakal pengatin dan menunjukkan orang bugis mempunyai harga diri yang tinggi.

Selain itu , daun pisang pula memberi maksud kesinambungan.Di mana, melalui perkahwinan boleh mngeratkan silaturrahim dan boleh membesarkan keluarga dengan pertambahan zuriat. Daun nangka juga diperlukan pada malam tersebut dengan member makna bahawa orang bugis sentiasa berusaha, bercita-cita tinggi.Di samping itu,beras disediakan dengan beranggapan bahawa ahli keluarga mendoakan bakal pengantin akan hidup bahagia.Tambahan juga lilin turut disediakan bertujuan untuk member keterangan kepada kehidupan baru untuk bakal pengantin. Akhirnya daun ini bermaksud kesucian menurut kepercayaan suku kaum bugis ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top