Tular di media sosial Twitter baru-baru ini berkenaan menu lontong yang dikongsikan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
Video yang menunjukkan resepi masakan sejenis menu yang dipanggil lontong atau kuah lodeh itu telah mendapat perdebatan hebat oleh warga Twitter.
Perdebatan bermula apabila perkongsian resepi daripada Khairul Aming itu telah mendapat βretweetβ dari seorang pengguna yang membetulkan nama sebenar juadah tersebut.
Menurutnya, menu yang disediakan oleh Khairul Aming itu adalah nasi impit yang dimakan dengan kuah lodeh, bukannya lontong.
Lontong pula adalah sejenis nasi yang dibungkus kemas dengan menggunakan daun pisang. Selain cara masakan yang berbeza, ia juga kebiasaannya mempunyai saiz berukuran panjang seperti lemang.
Menu masakan yang popular asal dari tanah Jawa, Indonesia ini turut popular di kalangan masyarakat rakyat di negeri Johor.
Perdebatan itu tidak berakhir disitu, sebaliknya ia berlanjutan sehingga melibatkan keputusan SPM seorang pengguna Twitter. Warga Twitter berhujah bahawa ia berkait dengan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.
Difahamkan, bermula daripada perbincangan mengenai menu lontong tersebut, warga maya turut membangkitkan isu-isu melibatkan beberapa juada yang lain.
Antaranya, ada pihak yang membawa isu berkenaan ejaan beberapa nama makanan yang didakwa telah diubah di negara ini.
Isu berkenaan terus meleret dan meleret sehinggalah muncul tweet perkongsian keputusan SPM oleh seorang warga maya.