LAFAZ CERAI 3 KALI TERHADAP ISTERI, CAT FARISH SERAH MAHKAHMAH BUAT KEPUTUSAN.. “MUNGKIN BERLAKU TANPA NIAT”

“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan. Saya terkejut apabila dia melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.”

Demikian kata isteri kepada penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 48, iaitu Suriani Hassan, 36, yang diceraikan pada 13 Disember lalu walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu untuk mahkamah menentukan berapa jumlah talak yang dilafazkan Cat.

“Apapun keputusan yang bakal ditentukan nanti saya reda dan anggap kami tiada jodoh. Tipulah kalau saya masih tak sayangkan perkahwinan ini kerana usia pernikahan kami masih baru.

“Malah sepanjang dua tahun berkahwin saya pernah hamil sebanyak dua kali, tapi tiada rezeki apabila saya mengalami keguguran pada tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli dihubungi berkata mereka sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top