Keluarga Sahkan Shuhada Ditumbuk Tiga Kali Oleh Hafidz Roshdi

Perkongsian isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi perhatian apabila memuat naik gambar sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Segala teka teki terjawab apabila ahli keluarga mengesahkan Shuhada ditumbuk tiga kali oleh Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran awal pagi tadi.

Memetik BH Online, ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa pekakon itu menumbuk muka isterinya hingga cedera pada bahagian muka.

“Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” katanya.

Kata ahli keluarga itu lagi, Shuhada kemudian di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta laporan polis sudah pun dibuat oleh ahli keluarga yang menjadi saksi kejadian tersebut.

“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.

“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga itu berkata Shuhada masih terkejut serta mengambil masa untuk berehat.

“Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil,” katanya.

Sumber : https://www.rotikaya.com/keluarga-sahkan-shuhada-ditumbuk-tiga-kali-oleh-hafidz-roshdi/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top