Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. Difahamkan, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pagi tadi.
Memetik laporan Kosmo, permohonan cerai itu dilakukan atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Malah, mereka juga dikatakan sudah lama tidak tinggal sebumbung. Walau bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.
Sumber : https://ohbulan.com/diana-danielle-fail-cerai-farid-kamil-tak-mahu