CHECKLIST PERSIAPAN TUNANG SEBELAH PEREMPUAN (TAKE NOTE POINT #8)

Selesai majlis merisik, tibalah pula majlis bertunang. Pertunangan ialah tanda kesungguhan kedua-dua belah pihak menyatukan dua individu.

Oleh itu, kita perlu memastikan majlis pertunangan yang akan berlangsung berjalan lancar. Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu dipersiapkan, namun kali ini Mama Siti nak tekankan 10 persiapan penting untuk setiap majlis pertunangan.

Bagi membantu Mama Siti menyediakan bahan artikel ini, Mama Siti merujuk beberapa poin dari Mellya Musa. Manakala ada beberapa lagi poin dalam artikel ini yang diambil dari pengalaman Mama Siti sendiri.

Ingat 10 Perkara Sebelum 10 Perkara (Persiapan Bertunang)

1. Tarikh dan Masa
Perkara pertama yang perlu kedua-dua tetapkan ialah tarikh dan masa untuk bertunang. Apabila sudah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, barulah urusan yang lain dapat dilakukan.

Kalau yang 1st ni dah terkeluat dari checklist tunang awak, tolong periksa semula yang lain-lain! Bahaya tau kalau masih belum tetapkan tarikah dan masa.

2. Tentatif
Susun program pada hari tersebut secara terperinci jika ada majlis lain yang berlaku di hari pertunangan Mama. Seperti yang dilakukan oleh Mellya Musa, beliau menggabungkan majlis tahlil ahli keluarganya dengan majlis pertunangannya sendiri.

Kalau situasi yang sama berlaku kepada Mama pada saat ini, antara idea yang boleh di usulkan ialah melakukan satu majlis di sebelah pagi dan satu lagi majlis di sebelah petang.

3. Tema
Pemilihan tema ialah permulaan kepada hiasan pelamin, konsep hantaran dan busana kedua-dua pasangan yang diraikan.

Individu yang perlu mencetuskan tema ialah kedua-dua pasangan tunang itu sendiri. Kemudian, berbincang dengan ahli keluarga untuk disesuaikan dengan keadaan semasa seperti bajet majlis pertunangan.

Contohnya, Mellya Musa memilih tema warna merah bata atau maroon. Berbanding menyewa set pelamin, beliau membuat keputusan untuk menghias bilik tidur. Jadi, sesi menyarungkan cincin nanti akan dilakukan di dalam bilik sahaja.

4. Hantaran dan Cincin
Tidak lengkap majlis pertunangan kita tanpa cincin. Sebaiknya, kedua-dua pasangan perlu hadir ketika ingin membeli cincin pertunangan. 

Jika tidak berkesempatan, eloklah kiranya jika ada wakil bagi kedua-dua belah pihak hadir bersama. Tujuannya supaya cincin yang dibeli muat dipakai. Selain itu, agar kedua-dua pihak berkenan dengan harga dan corak cincin tersebut. 

Bagi gubahan hantaran pula, terserah kepada kedua-dua pihak untuk menyediakan barang-barang. Paling utama, dulang cincin mestilah dibawa oleh pihak lelaki ya. 

5. Persalinan Tunang
Checklist tunang yang TERPALING penting!

Ini ialah tips tambahan dari Mama Siti sendiri. Sebagai sejenis yang suka memakai satu pakaian berkali-kali, Mama Siti akan sarankan agar Mama sewa sahaja busana pertunangan.

Kalau rekaan yang diminati tidak bersesuaian dengan tema dan saiz, cara lain ialah Mama beli sahaja baju yang baharu. Tetapi, pilih baju yang boleh dipakai untuk ke majlis lain juga tau. Barulah rasa berbaloi setiap duit yang dilaburkan.

6. Make Up dan Inai
Makeup? Kalau Mama pandai buat sendiri, silakan. Tapi jika Mama ingin dapatkan hasil berbeza dari make up artist (MUA), Mama boleh gunakan perkhidmatan MUA yang berkenan di hati.

β€˜Tunang pun perlu berinai ke Mama Siti? β€œ
Itu terpulang. Ada yang benar-benar ingin meraikan hari bersejarah mereka dengan menghiaskan tangan dan jari dengan inai.

Tujuannya supaya nampak lebih berseri dalam gambar. Keduanya, nak rasa β€˜vibe’ orang kahwin.

7. Bunga Tangan
Ini sebenarnya tak termasuk dalam checklist WAJIB persiapan tunang tau. Tapi, kalau ada bunga tangan, lebih manis bukan?

Kalau taknak membazir, awak boleh sediakan bunga tangan sendiri untuk majlis pertunangan awak. Guna sahaja bunga betul atau tiruan yang ada di rumah atau, guna semula hand bouquet dari majlis kakak atau abang yang sebelum ini.

Kalau masih tiada, mungkin Mama boleh pinjam dari kenalan lain juga kan. Kita boleh jimat kos di sini.

8. Katering
Bila ada tetamu datang ke rumah, hidangkan mereka jamuan. Memandangkan ini merupakan sebuah majlis menjalinkan hubungan dua belah pihak, baiklah jika kita menyediakan makanan dari perkhidmatan katering.

Ingat ya, pakej katering, meja makan dan khemah mungkin tidak tersedia dalam satu pakej bersama.

9. Wakil dan Rombongan
Ambil tahu semua tetamu yang bakal hadir. Lebih-lebih lagi wakil jurucakap untuk pihak perempuan dan lelaki.

Dapatkan maklumat tentang bilangan rombongan supaya kita boleh menyediakan ruang makan dan pesanan katering yang mencukupi.

Manakala untuk wakil jurucakap majlis, serahkan kepada ibu bapa kedua-dua belah pihak.

10. Jurugambar
Jurugambar atau photographer tidak semestinya dari syarikat berbayar. Mama boleh minta pertolongan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk menjadi jurugambar semasa majlis berlangsung.

Kalau mereka pandai cari angle gambar yang lawa, satu bonus juga tau.

Selain itu, sejak aplikasi tiktok ada di negara kita ini, rasanya video pun sama pentingnya untuk mengabadikan hari pertunangan. Dari pemerhatian Mama Siti, sekarang ini sudah ramai yang pandai edit gambar dan video. Jadi tidak perlu lagi panggil jurugambar berbayar di luar.

Namun begitu, jika Mama inginkan hasil yang diyakini cantik dan memuaskan, khidmat jurugambar profesional adalah yang terbaik.

Oh ya, Mama Siti nak ingatkan supaya jangan lupa bacakan doa pembuka dan penutup majlis pertunangan itu nanti. Doa untuk majlis tunang pun harus dibaca tau! Mudah-mudah Allah SWT memberkati majlis ini.

Akhir sekali, Mama Siti harap Mama letakkan poin nombor lapan sebagai checklist tunang paling atas sekali. Bukan apa, kesian kalau orang berkunjung ke tempat kita dan balik dalam keadaan lapar. Jadi, tempah katering awal-awal supaya tak terjadi perkara seperti itu ya.

SUMBER : https://www.kelabmama.com/checklist-tunang/

Hall, Council, Chamber, Assembly
From luxurious indoor settings to the fresh aired al fresco dining experience, you have the liberty to choose from various venues to suit your specific event needs.
Subject to Terms and Conditions
Planner
Awards & Recognition πŸ…π‘―π’‚π’π’‚π’ π‘ͺπ’†π’“π’•π’Šπ’‡π’Šπ’†π’… π‘ͺπ’‚π’•π’†π’“π’Šπ’π’ˆ πŸ…π‘¨π‘Ίπ‘¬π‘¨π‘΅ 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 π‘¨π’˜π’‚π’“π’…π’” 𝟐𝟎𝟐𝟐 πŸ…π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚β€™π’” π‘­π’‚π’—π’π’–π’“π’Šπ’•π’† π‘ͺπ’‚π’•π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’†π’“π’—π’Šπ’„π’† π‘·π’“π’π’—π’Šπ’…π’†π’“
Our expertise extends to the enjoyment of your personalized events from corporate functions to fun, memorable occasions. We guarantee a top notch catering service like no other. Choices of catering styles range from buffet, banquet, centerpiece and our most premium individual serving.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top