Zarina Anjoulie Nafi Hamil Anak Saixse, Dedah Tak Ada Hubungan Istimewa

Selepas mendakwa kad bank miliknya dicuri pelantun lagu Malam Pagi, pelakon dan selebriti sensasi Zarina Anjoulie tampil menjelaskan hubungannya dengan Saixse.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 38, menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan romantis dengan Saixse.

Spekulasi membabitkan hubungan mereka timbul susulan Zarina berkongsi foto imbasan ultrasound bayi milik penyanyi itu.

Bukan itu sahaja, turut tular satu foto di mana penyanyi itu didakwa sedang menanam janin di sebuah kawasan lapang. Selepas daripada perkongsian tersebut, ramai yang menyangka Zarina dan Saixse memiliki hubungan istimewa.

Menjawab segala persoalan netizen, Zarina menjelaskan bahawa dia tidak hamil seperti yang didakwa sebaliknya foto kandungan itu merupakan milik wanita yang dihamilkan oleh penyanyi tersebut.

Saya tak mengandung dengan anak dia okey. Saya tidak ada apa-apa dengan dia kecuali atas dasar bekerjasama namun tidak jadi.

Difahamkan, pelakon itu dipercayai telah membuat laporan berhubungan isu berkenaan selepas memuat naik video berada di sebuah balai polis di Instastory miliknya.

SUMBER : https://ohbulan.com/zarina-anjoulie-nafi-hamil-anak-saixse-dedah-tak-ada-hubungan-istimewa/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top