Putuskan cerai lepas fikir soal anak – Syamsul Yusof

SYAMSUL sepakat untuk bercerai dengan Puteri Sarah selepas satu pertemuan berbuka puasa bersama-sama, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Pengarah popular, Syamsul Yusof membuat persetujuan menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selepas memikirkan masa depan dua orang anak mereka.

Katanya, dia bersama Puteri Sarah telah bersemuka dan berbincang secara baik sehari sebelum prosiding kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) iaitu pada Ahad malam .

β€œYa, saya sudah berbincang secara baik dengan Puteri Sarah dan memikirkan masa depan kami berdua dan anak-anak,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi.

Pemilik nama sebenar, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39 itu berkata, kesediaan melafazkan cerai pada 18 April depan adalah dorongan serta doa pelbagai pihak.

β€œSemuanya alhamdulillah, mudah-mudahan berkat Ramadan ini, semuanya diharap dapat diselesaikan dengan baik.

β€œMungkin doa dari insan-insan yang tersayang, doa ibu bapa. Saya tak mahu komen banyak. Saya mahu mengelakkan fitnah pada bulan Ramadan ini.

β€œItu saja yang saya mampu kata. Alhamdulillah, doakan yang terbaik,” katanya yang difahamkan sempat berbuka puasa dengan isteri pertamanya dan anak-anak, semalam.

Pertemuan antara mereka terlebih dahulu dikongsikan Puteri Sarah yang mendedahkan kata sepakat dicapai untuk berpisah secara baik hasil perbincangan bersama.

Begitupun, aktres tersebut enggan memperincikan mengenai inti pati perjumpaan yang turut disertai sahabat terdekat mereka.

Sementara itu, membalas pertanyaan mengenai hubungan dengan orang tuanya, Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah Ismail, Syamsul lebih selesa tidak memanjangkan isu.

β€œTiada komen. Doakan yang baik-baik,” ulasnya ringkas.

Pagi tadi, Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh 18 Mac untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah selepas peguam syarie kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara mereka.

Segala terma penyelesaian seperti hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian hanya dimaklumkan pada tarikh tersebut.

Pada 16 Januari lalu Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Media juga melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Terdahulu, pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu enggan menceraikan Puteri Sarah kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.- KOSMO! ONLINE

SUMBER : https://www.kosmo.com.my/2023/04/10/putuskan-cerai-lepas-fikir-anak-syamsul-yusof/

https://www.youtube.com/watch?v=ZVQO1_IZows
Hall, Council, Chamber, Assembly
From luxurious indoor settings to the fresh aired al fresco dining experience, you have the liberty to choose from various venues to suit your specific event needs.
Subject to Terms and Conditions
Planner
Awards & Recognition πŸ…π‘―π’‚π’π’‚π’ π‘ͺπ’†π’“π’•π’Šπ’‡π’Šπ’†π’… π‘ͺπ’‚π’•π’†π’“π’Šπ’π’ˆ πŸ…π‘¨π‘Ίπ‘¬π‘¨π‘΅ 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 π‘¨π’˜π’‚π’“π’…π’” 𝟐𝟎𝟐𝟐 πŸ…π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚β€™π’” π‘­π’‚π’—π’π’–π’“π’Šπ’•π’† π‘ͺπ’‚π’•π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’†π’“π’—π’Šπ’„π’† π‘·π’“π’π’—π’Šπ’…π’†π’“
Our expertise extends to the enjoyment of your personalized events from corporate functions to fun, memorable occasions. We guarantee a top notch catering service like no other. Choices of catering styles range from buffet, banquet, centerpiece and our most premium individual serving.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top