Rumah Citra Kasih dan juga dewan yang diberi nama Dewan Citra kasih berkonsep moden terletak di Bandar Hijau, Ayer Keroh, Melaka. Rumah Citra Kasih amat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan, tempat pengumpulan kaum keluarga, βFamily Dayβ dan majlis-majlis keraian.
Rumah yang menawarkan kelengkapan dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin,dua buah bilik surau serta sebuah bilik ruang menunggu dan ruang makan bersila tersedia untuk pelanggan yang ingin menginap disini.
Untuk majlis-majlis keramaian dan majlis perkahwinan disediakan bilik untuk beristirehat yang kebiasaannya digunakan untuk VVIP. Turut disediakan juga kelengkapan kelengkapan untuk kegunaan taklimat atau seminar. Ruang letak kereta yang selesa disediakan untuk pelanggan sebanyak 80 lot. Dewan Citra Kasih juga menyediakan bilik penyediaan makanan di sebelah luar dewan.
Disediakan juga ruangan rehat bersama keluarga untuk aktiviti luar serta acara makan Bbq. Bagi yang mempunyai anak-anak boleh membawa mereka ke kolam renang untuk aktiviti air, kerana ianya juga turut disediakan.
Perkahwinan Pakej Lengkap Perkahwinan | Katering – Menawarkan Harga Minimum 100 Pax – 1000 Pax | Busana Pengantin | Pelamin Moden | Fotografi | Butik Pengantin | Pengurusan Majlis Perkahwinan | Fotografi, Pakej Sanding, Pakej Nikah dan lain-lain majlis. Harga pakej lengkap perkahwinan mampu milik di sediakan Management termasuk dewan di sediakan untuk pilihan anda.
Kami menawarkan pakej perkahwinan lengkap A hingga Z, kami juga menyediakan seorang Event Coordinator untuk memastikan majlis bersejarah anda berjalan dengan lancar.
Untuk info lanjut berkenaan pakej yang di tawarkan, anda boleh klik link di bawah bagi memudahkan urusan selanjutnya.