5 Inspirasi Dekorasi Bilik Pengantin Bangkitkan ‘Mod Raja Sehari’

Menghias bilik pengantin untuk majlis perkahwinan memang nampak mudah, tapi sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ada di kalangan bakal pengantin menanti hingga saat akhir untuk mula menghias bilik pengantin kerana memikirkan ruangan ini tidak sepenting persiapan yang lain.

Banyak sebenarnya idea hiasan bilik pengantin yang mudah namun mampu memberi aura dan keselesaan kepada pasangan pengantin dan juga pada tetamu yang menjengah. Nah, kami kongsikan lima inspirasi dekorasi bilik pengantin untuk bangkitkan mood pengantin baru anda.

1. Hiasan Bilik Pengantin Minimalist

  • Pasti ramai yang menyukai konsep bilik tidur minimalis. Anda tidak perlu bersusah payah untuk memenuhkan setiap inci ruang bilik tidur pengantin dengan perabot dan hiasan yang melampau. Cukup sekadar sebuah katil, tilam, almari pakaian, meja sisi dan meja solek.
Pemilihan konsep minimalis ini sangat sesuai untuk bilik tidur pengantin yang bersaiz agak terhad. Warna-warna neutral adalah terbaik untuk digunakan sebagai warna utama. Tambahkan dengan sedikit elemen warna terang atau gelap, ia pasti akan menarik mata yang memandang.

2. Hiasan Bilik Pengantin Modern

  • Konsep penggayaan bilik pengantin moden nampak lebih mewah dan eksklusif. Anda perlu bijak memilih perabot yang ringkas beserta aksesori dengan gaya kotemporari kerana ia bakal menonjolkan suasana moden bilik pengantin tersebut.
Penggunaan headboard yang unik sama ada yang dihasilkan daripada fabrik ataupun kayu akan menaikkan seri bilik tidur pengantin. Ia juga boleh dijadikan sebagai fokus bilik tersebut. Ditambah dengan floating bedside table, suasana bilik pengantin pasti memukau mata yang melihat.

3. Hiasan Bilik Pengantin Berwarna Pastel

  • Jika mahu lebih selamat, anda boleh bermain dengan warna-warna pastel untuk dekorasi bilik pengantin. Warna-warna pastel akan membuatkan bilik pengantin nampak lembut. Malah warna-warna seperti ini mampu memberi ilusi luas pada ruangan dalam bilik tersebut.
Penggunaan warna-warna cerah seperti ini memudahkan anda untuk menyesuai padan dengan warna barang hiasan lain. Anda boleh padankan apa sahaja warna aksesori dengan warna-warna cerah ini. Pilih maksimum dua warna untuk memudahkan anda untuk mix and match barang hiasan dalam bilik tidur anda.

4. Hiasan Bilik Pengantin Mengikut Teman Majlis

  • Hias bilik pengantin anda mengikut tema majlis yang telah ditetapkan. Contohnya jika anda memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan yang bertemakan English style, anda boleh menggunakan elemen kain drape putih pada katil bertiang.
Tambahkan juga beberapa batang lilin haruman sebagai centerpiece di meja sisi. Ia bukan sahaja nampak klasik, malah bakal memberikan haruman yang romantis dan mewujudkan suasana yang tenang di malam pertama anda.
5. Hiasan Bilik Pengantin Dengan Tumbuhan Hijau

Selari dengan trend semasa, anda boleh menghiaskan bilik pengantin dengan tumbuhan hijau. Bilik tidur anda pasti nampak segar dan berasa lebih nyaman. Kontra warna hijau tumbuhan, perabot dan dekorasi dalam bilik pasti menyerlah terutamanya jika perabot dalam bilik terdiri daripada kayu pallet.


Pilih tumbuh-tumbuhan yang berjuntai seperti Philodendron dan letakkan di rak atas bahagian kepala katil. Anda juga boleh pilih tumbuh-tumbuhan indoor seperti Sansevieria atau Monstera untuk diletakkan di penjuru bilik.
Tambahkan sedikit dekorasi ringkas seperti bunga-bunga segar. Ia bukan sahaja boleh menaikkan seri bilik malah mampu mengharumkan segenap ruang bilik tersebut. Bau-bauan bunga akan menaikkan mood pengantin baru anda dan pasangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top