
Bagi seorang lelaki, terdapat dua peristiwa besar yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidupnya; pertama ketika fasa peralihan kanak-kanak ke remaja, kedua pula ketika berkahwin. Perasaan teruja, gembira dan takut bercampur baur.
–
Apabila hendak membina rumah tangga, sudah pasti kita mengimpikan mahligai yang indah, keluarga yang bahagia dan hidup yang tenang. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlulah membuat persiapan sebaiknya. Jika kita ingin membina sebuah rumah, semestinya kita akan membuat tinjauan reka bentuk rumah yang ada, mengumpul duit dan meminta pendapat orang lain sebelum mula membina rumah. Begitu jugalah dalam membina mahligai rumah tangga
–
๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ต๐๐ถ๐ป
๐ญ. ๐๐๐ฎ๐ ๐ธ๐ถ๐ฟ๐ฎ-๐ธ๐ถ๐ฟ๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ผ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ต๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ป
Cuba anggarkan kos yang perlu anda keluarkan daripada majlis merisik sehingga hari pertama anda sebagai suami isteri.
Sebagai contoh, kos merisik RM1,000, majlis pertunangan RM3,000, majlis perkahwinan RM15,000 dan kos memasuki rumah baru pula RM3,000. Jumlah kasar yang diperlukan adalah RM22,000.
Kemudian bahagikan dengan berapa lama lagi tempoh untuk anda berkahwin. Jika 22 bulan, bermakna anda perlu simpan RM1,000 setiap bulan.
–
๐ฎ. ๐๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป
Bincang dengan pasangan anda berkenaan jumlah hantaran yang diinginkan. Tidak kira tinggi atau rendah, yang utama adalah anda perlu berbincang dengan baik. Ada pasangan yang sama-sama tanggung kos majlis dan hantaran, ada juga yang ditanggung oleh pihak lelaki sahaja.
Pasangan perlu saling memahami kedudukan kewangan masing-masing bagi menetapkan jumlah perbelanjaan yang realistik dan sesuai dengan kemampuan kita.
–
๐ฏ. ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐บ๐ฏ๐ถ๐น ๐ฝ๐ถ๐ป๐ท๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ฑ๐ถ
Ada sesetengah pasangan sanggup mengambil pinjaman peribadi untuk berkahwin. Sanggup berhutang sehingga RM20,000-RM30,000. Hutang pula perlu dibayar bertahun-tahun, sehinggakan anak sudah masuk darjah 1 pun hutang masih belum habis dibayar.
Kebanyakannya, ditekan orang sekeliling, pakcik makcik, jiran tetangga, saudara-mara dan juga rakan-rakan yang meletakkan tanggapan supaya menganjurkan majlis di luar kemampuan kewangan.
Sedangkan mereka tidak tahu di mana tahap kewangan kita, dan yang lebih menyedihkan kita yang terpaksa menanggung hutang itu nanti, bukannya mereka.
–
๐ฐ. ๐ ๐๐น๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐๐ฎ๐น
Zaman bujang adalah waktu terbaik untuk menyimpan kerana komitmen masih rendah. Tidak kira sama ada anda sudah ada pasangan ataupun tidak, mulalah menyimpan seawal anda mula bekerja. Dengan menyimpan, anda tidak perlu berhutang untuk menampung kos perkahwinan anda dan pasangan.
–
๐ฑ. ๐ฅ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป
Cari masa lapang untuk duduk dan berbincang bersama pasangan tentang hala tuju hidup dan apa matlamat yang anda berdua ingin capai. Tanya soalan seperti bila nak beli rumah, berapa ramai anak, umur persaraan, berapa sasaran simpanan, bila mahu menunaikan haji dan sebagainya.
–
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ต๐๐ถ๐ป
๐ญ. ๐๐๐ธ๐ฎ ๐๐ธ๐ฎ๐๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ
Anda boleh buka akaun simpanan bersama di mana-mana bank pilihan anda. Duit yang ingin anda simpan bersama boleh diletakkan ke dalam akaun ini.
Jika salah seorang meninggal, akaun bank peribadinya akan masuk ke bahagian harta pusaka yang mana ia perlu difaraidkan. Tetapi bagi akaun bersama, anda merupakan pemilik 50% daripada jumlah simpanan tersebut.
–
๐ฎ. ๐๐บ๐ฏ๐ถ๐น ๐ง๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ณ๐๐น ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ป๐ฑ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป
Takaful perlindungan pendapatan ini sangat penting untuk diambil oleh si suami, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mana si suami sahaja berkerja, manakala si isteri pula seorang suri rumah sepenuh masa. Jika si suami meninggal dunia, maka terputuslah sumber pendapatan, jadi bagaimana si isteri mahu mencari sumber pendapatan untuk kelangsungan hidupnya?
Jika ada takaful, walaupun mungkin jumlah manfaat tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga selama-lamanya, sekurang-kurangnya ia cukup untuk memberi si isteri ruang bernafas dan menyusun semula strategi menempuh hidup baharu tanpa suami di sisi.
–
๐ฏ. ๐ฅ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ
Sebut sahaja cerita tentang harta pusaka, kebanyak kisah yang kita dengar adalah kisah duka dan penuh dengan pergaduhan. Walaupun begitu, masih ramai yang leka dan tidak merancang harta pusaka semasa mereka hidup.
Elakkan kisah duka, rancanglah harta pusaka anda seawal mungkin.
